Report 13th Match - vs Nadim AllStarz

SDX FC mendapat pelawaan hari hari terakhir menentang Nadim AllStarz yg sememangnye dibarisi pemain pemain bertaraf bintang . Player SDX FC juga mempunyai bintang - tak konfem main ke tak , tak dapat main hari ni , nak tengok tenis live , hari ahad ada komitmen lain , tak jadi main ade hal ......... Player yg dtg hanyalah cukup cukup , Zul K terpaksa bermain dgn team lawan sebagai goal keeper . SDX FC membawa 3 player import baru yg muda (umur 21 tahun kebawah).

1st Half

GK - Mas
RB - Moonz
LB - Rizal
CB - Bagok
CB - Padel
DM - Ajoi
DM - Khairul
CM - Avicenna
AM - Chapan
AM - Yas
ST - Fizi


Game bermula perlahan , SDX FC tidak menjumpai rentak perlawanan . Player muda tidak dapat menyesuaikan diri dgn corak 4-2-1-2-1 . SDX FC berjaya melakukan serangan bertubi tubi ke pintu gol lawan , namun beberapa peluang gagal di sempurnakan . Rizal (LB) cuba membuat satu lob , namun keeper berjaya menepis kluar . Satu serangan one two antara Chapan dan Fizi , peluang ! namun bola ditolak terlalu kuat melepasi palang . Chapan (AM) dikeluarkan setelah mengalami kecederaan lutut , diganti Cacai (CM) . Avicenna naik menjadi ST

Satu serangan dari tepi , satu cross dari Khairul (DM) , namun tiada player yg berada di posisi . SDX FC di serang bertubi tubi , namun kecekapan Mas (GK) tidak dapat dinafikan . Satu serangan dari tengah , dapat kepada Fizi (AM) , passing kepada Avicenna (ST) melepasi offside trap , 1 on 1 dgn keeper (Zul K) , satu sepakan leret , keeper menerpa kedepan dan membuat dive.... bola berjaya ditangkap kemas gol keeper . Peluang telah disia siakan lagi . Nadim AllStarz mendapat peluang , satu sepakan jauh , Mas (GK) terbang menyelamatkan keadaan , dan terlanggar tiang , kedegangggggg ...

SDX FC cuba menyerang lagi , beberapa percubaan tidak menepati sasaran . Serangan dari sepakan sudut juga tidak membuahkan hasil . Bagok (CB) cuba membuat serangan dari bawah , juga gagal memberi impact kepada serangan . Nadim AllStarz menyerang dari tepi padang , Moonz (RB) dan Ajoi (DM) cuba mematahkan serangan , Mas (GK) mengarahkan bola di clearkan , namun pemain lawan membuat satu sepakan lambung , jauh ke sudut kiri pintu gol , Mas cuba menepis . GOL . SDX FC 0 - Nadim AllStarz 1. Nampaknye kecederaan terlanggar tiang telah menampakkan impact . Mas tidak dapat berbuat apa apa . Tamat 1st half.

2nd Half

GK - Eidy
RB - Moonz
LB - Rizal
DM - Ajoi
DM - Khairul
CM - Cacai
AM - Izmie
AM - Fizi
ST - Avicenna


SDX FC memulakan 2nd half dgn penuh layu . Kebanyakan player sudah pancit , player pulak tak cukup nak tukar . Ini la akibat tade pemain simpanan. Serangan demi serangan dilakukan , cuma dapat mencemaskan pihak lawan . Satu serangan dari tepi , dapat kepada Izmie (AM) ,lorongan kepada Avicenna (ST) , membuka ke tepi , satu lintangan leret semula kepada Izmie . Sedikit sahaja lagi utk SDX FC menjaringkan gol . Cacai meminta utk dikeluarkan , sudah tidak mampu meneruskan . Cacai keluar diganti Yas . Ajoi dikeluarkan diganti Khalid .

Permainan yg cantik ditonjolkan SDX FC , hantaran yg tepat , lintangan yg kemas , namun gagal menggegarkan pintu gol lawan . SDX FC mendapat sepakan sudut , ketengah , pihak lawan cuba menahan bola , namun terkena tangan . Penalti ! Bagok mengambil sepakan . GOOOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAAAAAAAAALLLLLLLLLL. Goal : Bagok . SDX FC 1 - Nadim AllStarz 1 .

SDX FC mula bersemangat menentang , serangan demi serangan dilakukan . Mas masuk menggantikan Khairul . Mas membuat debut pertama sebagai striker setelah sekian lama meminta dari manager utk beraksi sebagai striker . Satu serangan dari tepi , dapat kepada Izmie , membuat hantaran lintang , Mas tanduk terbang ! Hampir dapat ditanduk . Satu one two antara Khalid dan Yas , mendapat peluang ! namun sekali lagi bola tidak menuju ke pintu gol lawan.

Padel (CB) cuba membantu jentera serangan , satu hantaran lintang , dapat kepada Yas , ruang kosong , huru hara di depan pintu gol lawan , Padel dibelakang Yas meminta bola , Yas tidak merembat tetapi pass kepada Padel , Offside ! Satu lagi kerugian besar buat SDX FC . Nadim AllStarz menyerang dari tepi , Moonz cuba mengejar , tidak cukup rapat , pihak lawan melepaskan rembatan leret. Eidy(GK) terbang utk menyelamatkan bola , namun bola menerjah jaring , di sudut pintu gol . SDX FC hanya mampu menyalahkan diri sendiri kerana mengsia siakan peluang . Jika tidak , berjaya menumpaskan pihak lawan yg kelihatan sudah tenat . Tamat perlawanan , SDX FC 1 - Nadim AllStarz 2

Next Game : Diharapkan supaya Rewan dan Avicenna digandingkan secepat mungkin bagi meledakkan jaringan ! .