





Setelah bolos 1 gol , Mr Avicenna dan Mr Iman menggandakan asakan , namun bola terkeluar pulak . Lihatlah raksasa lawan dibelakang dan si panjang ditengah tengah .
Pihak lawan sedang berlari pantas , Mr Nadeem sudah terlepas , namun Mr Moonz hanya berlari anak dgn harapan dgn larian anaknya , boleh memotong bola yg dikejar laju pihak lawan
Peluang keemasan hasil dari Corner Kick . Mr Rizal melihat dari jauh , Mr Rewan sedang cuba menanduk di gawang gol yg kosong . Mr Yas yg begitu hampir dgn kejadian tersebut telah mengulas. "Kalau Rewan tak tutup mata , mesti dah gol . Rugi ni"
Mr Slampuck menanduk bola keluar dari kawasan bahaya dgn aksi beratnya . Ada gosip mengatakan bahawa Mr Slampuck akan mendapat tajaan dari salah satu Slimming Centre terkemuka di Malaysia . Tandukan Mr Slampuck nampak agak jauh kerana dia berada di udara , keawang awangan.
Mr. Bagok dgn aksi sliding tacklenya. Bola kelihatan berjaya dilepaskan dari tackle Mr Bagok . Masih tidak terlambat utk menghentam kaki lawan .
Mr. Yas telah ditolak tepi , kelihatan seperti melayang kebelakang . Mr. Tidak Kelihatan berusaha keras mengejar bola sambil dibantu Mr. Slampuck

Mr. Iman nampaknya sudah berjaya melakukan crossing . Apakah yg akan berlaku ?

Hasil crossing Mr. Iman telah membuatkan Mr. Bagok melakukan tandukan terbang walaupun aksinya agak jauh dari pintu gol .

Apakah yg telah dilihat oleh Mr. Rizal dan pihak lawan ? Di angkasa . Bola laaaa

Mr. Avicenna dikejar pihak lawan. Sesi merebut bola . 3 vs 1 .

Pihak lawan dgn rileknye mengawal bola sambil diterjah player SDX FC . Siapa tu ? No 4 , Slampuck ke ?

Mr. Rizal telah berlutut . Bola tercicir dibelakang .
Mr. Nadeem cuba membuat lipatan . Kaki Mr Nadeem sudah 45 darjah ke langit . Mr. Moonz pula tidak mengendahkan bola yg berada diatas , tetapi mencari pihak lawan.

Mr. Jo terpaksa menarik pihak lawan sambil diperhatikan Mr. Rizal .Untuk rekod , Mr. Jo mendapat 2 kad kuning dalam perlawanan ini .

Akhirnya , Mr Avicenna menunjukkan bagaimana mengalahkan raksasa . Walaupun size raksasa yg 3 kali lebih tegap dan berat , Mr Avicenna mampu . Mr Yas cuba menerkam dari belakang .
Pihak lawan yg begitu kecut , telah melengah lengahkan permainan . Ini telah membuatkan pemain SDX FC berang . Mr Nadeem , Mr Rizal dan Mr Jo mahu game diteruskan dgn secepat mungkin .
Pihak lawan masih tidak berpuas hati . Melengahkan permainan dgn mencari gaduh pulak . Mr Jo menyuruh pihak lawan blah , Mr Nadeem dan Mr Rizal mahu permainan diteruskan

Lihatlah bagaimana Mr Rewan ditewaskan . Pihak lawan tidak dapat mengejar , kaki Rewan dicarinya . Untuk rekod , Mr Rewan , penjaring terbanyak SDX FC , gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang MMUCL .
Mr. Iman cuba melepaskan diri dari pihak lawan dgn menggunakan skill skill yg ada .
Mr. Cacai sudah masuk dgn but barunya . Diapit oleh pihak lawan . Dari jauh kelihatan Mr Chapan , Mr Slampuck dan Mr Ben di luar padang
Mr. Rewan mencuba sedaya upaya mendapatkan gol pertama di MMUCL
Mr Bagok menackle bola yg cuba dibawa pihak lawan sambil diperhati Mr Cacai
Siapakah yg bakal merampas bola diudara . Mr Rewan menghulurkan kaki . Mr Cacai cuba menggagalkan pihak lawan

Pihak lawan sekali lagi mencari gaduh utk melengahkan permainan . Kelihatan , Mr Nadeem cuba mententeramkan sambil diperhati Mr Toopai dan Mr Bagok . Mr Rewan pula sedang perjalanan menerjah pihak lawan

Mr Gaff pula sudah panas , Mr Bagok menghalang sebarang pergaduhan . Pihak lawan mententeramkan player nye yg sudah emosi dgn memanggil . "Abbas Abbas ! rilex" Mr Iman tidak mahu terlibat , Mr Avicenna melangkah pergi , Mr Toopai hanya memerhatikan.

Bagi menteteramkan keadaan , refree memberi kad kuning kepada pihak lawan yg bernama Abbas tadi . Tapi kelihatan seperti Mr Rewan pulak yg kene kad kuning :p
SDX FC tewas di FINAL MMU Champions League , 0-2 . Gol pertama pertengahan 1st Half , manakala Gol kedua diminit terakhir , ketika SDX FC sedang mencari gol penyamaan .
Maka tamatlah aksi SDX FC di Liga Juara Juara MMU . SDX FC berjaya merangkul pingat perak . Team No 2 Juara di MMU .
CONGRATULATIONS SDX FC !
0 : Comment:
Post a Comment