KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH HARI MERDEKA

TEMPAT KEJOHANAN





TEAM TACTICS





Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Hari Merdeka ke 50

GROUP D
1) SDX FC
2) SEMENYIH FC
3) SUNGAI TANGKAK FC
4) MEMBENTAP FC
5) SAMBILEWA

Format Kejohanan

1st Half 7 Minit : 2nd Half 7 minit
Top Table = Quarter Final
Subtitute = 3

2nd Match - vs Seryes FC

Seryes FC telah melayan kedatangan SDX FC di padang MMU bagi memantapkan pasukan untuk menghadapi perlawanan perlawanan yg akan datang. Pasukan Seryes FC yg di barisi pemain pemain pelapis yg muda dan bersemangat tinggi manakala SDX FC di barisi pemain pemain yg dah tua dan mempunyai kecergasan yg sudah berkarat.

1st Half (4-1-3-2)

GK - Efzet
RB - Rizal
LB - Zarob
CB - Bagok
CB - Nakai
DM - kE
CM - Jo
CM - Iman
RM/LM - Avicenna
ST - Rewan
ST - Chapan

2nd Half (4-1-3-2)

GK - Efzet
RB - Slampuck
LB - Zarob
CB - Bagok (Aris - minit 60)
CB - Nakai (Rizal - minit 70)
DM - Munzir
CM - Jo
CM - Iman
RM/LM - Avicenna
ST - Rewan (kE - minit 85 )
ST - Cacai (Chapan - minit 80)

Report 1st Half , SDX FC melancarkan serangan bertubi tubi mengasak kubu Seryes FC bagi mendapatkan gol pertama. Laluan adalah amat sukar sehingga pada masa yg tidak dijangka , Iman melakukan hantaran tinggi , dikejar oleh Rewan . Keeper musuh keluar utk menangkap bola melantun , tetapi rewan lebih laju utk menguis bola sedikit melepasi keeper . GOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLL ! Goal : Rewan . Assist : Iman.Selepas gol pertama , Avicenna menukar kedudukan dari kanan ke kiri padang. Hantaran tinggi ke striker Chapan telah membuahkan hasil dimana Chapan menanduk pass ke Avicenna utk melakukan rembatan . Rembatan yg agak deras berjaya dibaca oleh keeper tetapi bola bolos dibawah ketiak keeper . GOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLL ! Goal : Avicenna . Assist : Chapan. Serangan bertubi tubi oleh SDX FC dilancarkan sekali lagi , kali ini bola berjaya dirampas di tengah padang lalu sampai ke kaki kE . kE membawa kehadapan sedikit lalu membuat hantaran ke depan , sebelah kiri , dapat kepada Avicenna lalu menolak bola ke sudut kanan pintu gol . Keeper tidak dapat membuat apa ape , terdiam di tgh pintu gol . GOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLL ! Goal : Avicenna . Assist : kE. Tamat 1st Half - SDX FC 3 : Seryes FC 0

Report 2nd Half , player ditukar , Seryes FC menukar strategi dan melancarkan serangan balas bertubi tubi . Barisan pertahanan SDX FC diasak bertalu talu hingga menyebabkan player mengalami keletihan yg tidak dapat dielakkan lagi. Keeper telah melakukan beberapa save yg amat genting sehinggalah , Bagok diganti oleh Aris , player yg diberi jolokan 'Nani' kerana rupanya seakan akan player Man U itu. Selepas ketiadaan Bagok , barisan pertahanan agak kucar kacir sehingga menyebabkan Seryes FC mendapat gol pertama . Tidak lama kemudian nakai pula mengalami keletihan lalu ditukar dgn Rizal (player 1st half). Pertukaran posisi permainan menyebabkan keadaan bertambah parah . Seryes FC berjaya mendapat gol kedua . Kedudukan sekarang adalah SDX FC 3 : Seryes FC 2. Kemudian Cacai , player yg baru masuk 2nd half , tidak larat lagi menghadapi serangan bertalu dari Seryes FC lalu diganti oleh Chapan (player 1st half). Rewan juga tidak mampu utk bertahan lebih lama kerana tak larat nak kejar bola lagi , lalu di tukar dgn kE (player 1st Half). Avicenna yg berada di sebelah kanan menukar kedudukan sekali lagi ke sebelah kiri. Avicenna mendapat hantaran dari pertahanan , lalu membuat hantaran jauh dari tengah kiri padang ke sebelah kanan . Hantaran itu berjaya melepasi pertahanan Seryes FC lalu dapat ke kaki Aris yg menolak bola lob melepasi keeper . Bola yg seakan akan tidak gol itu berjaya mengalahkan keeper. GOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLL ! Goal : Aris . Assist : Avicenna. Tamat perlawanan , keputusan penuh , SDX FC 4 - Seryes FC 2

Hasil daripada perlawanan ini , SDX FC sekali lagi berjaya memberi pengajaran kepada pihak lawan. Walaubagaimanapun pengajaran ini adalah amat bermakna bagi Seryes FC bagi membentuk skuad pelapis yg lebih mantap bagi menghadapi perlawanan² liga MMU di masa hadapan . Telah terbukti , hasil daripada kesibukan hari hari , menyebabkan pemain² SDX FC tidak dapat utk turun training lalu telah menyebabkan stamina yg amat rendah dikalangan pemain². Ketidak seimbangan stamina pemain² telah menyebabkan SDX FC bolos 2 gol mudah . Barisan pertahanan yg tidak dibantu oleh barisan tengah yg telah pancit , pertukaran player yg tidak teratur dan pertukaran posisi yg berubah ubah , adalah antara penyebab kebolosan itu. Tidak cergas atau 'UNFIT" , itulah yg mampu diperjelaskan bagi pemain² SDX FC , dari keeper , sampailah ke striker , sume nye telah pancit di 2nd Half . Kuda kuda tua SDX FC memerlukan latihan kecergasan diri yg lebih bagi memberi pengajaran kepada skuad skuad yg lain.

CHEMISTRY : 9/10
KOMITMEN : 4/10
TACTICAL : 9/10
STAMINA : 3/10
ATTACKING : 8/10
DEFENDING : 7/10
SEMANGAT : 10/10


What PUNDIT say : "Next game , sape nak kene pengajaran lagi?"

TRAINING 2nd MATCH

24 August 2007
Padang MMU
6 Petang

Training untuk 2nd match di hadiri oleh 3 players iaitu Slampuck , kE dan Avicenna
Mereka ini akan mendapat WILD CARD untuk next game

::Position & Tactic Updated::

PERLAWANAN KEDUA

ARAHAN PASUKAN






TACTICS (4-1-3-2) / (4-5-1)





Strategi pada perlawanan kedua adalah sedikit berlainan dimana bahagian tengah akan diperkuatkan . Dalam posisi menyerang , barisan pertahanan (DL,DR,DC)akan kehadapan bagi menutup ruang ruang dihadapan . DM akan berada di bahagian tengah padang manakala MC akan lebih kehadapan bagi membantu ST . FLANKER akan membuka ruang di bahagian tepi bagi membuat hantaran lintang atau membuat percubaan jarak jauh. Dalam posisi bertahan , DM akan bertindak terlebih dahulu jika ada sebarang serangan . MC akan turun membantu DM manakala FLANKER akan tetap di kedudukan tepi padang . ST akan menunggu bola diatas bagi melancarkan sebarang serangan balas.

Untuk strategi kali ini , bahagian belakang padang akan di kemudi oleh 4 DEFENDER sambil di bantu oleh DM . Bahagian tepi akan dikemudi oleh seorang FLANKER sahaja. Kedudukan FLANKER adalah rambang , dikiri atau dikanan padang . Bahagian tengah akan dikemudi oleh 2 MC bagi memperkuatkan jentera serangan , 2 ST.

Gambar² Perlawanan


Jln 6 FC

SDX FC

SDX FC vs Jln 6 FC

Tarikh : 18 Ogos 2007
Masa : 9:00 AM
Tempat : Padang Institut Latihan Pos Malaysia
Result : 1 - 2