Report vs Saujana Red

Pagi pagi buta di Padang MMU menunggu kehadiran Saujana Red dtg dari Kajang . Sesi pemanasan badan dilakukan oleh SDX FC bagi menaikkan kadar pemanasan badan . Player player import hadir dgn begitu ramai bagi memeriahkan suasana . Saujana Red tiba dgn baju yg telah di jangka , MERAH ! Tapi ade juga player SDX FC yg pakai baju merah , balik tuka baju .Sesi perlawanan persahabatan dimulakan

GK - Eidy
DC - Slampuck
DC - Zarob
DC - Munzir
DM - Avicenna
MR - kE
ML - Izmie
MC - Iman
MC - Chapan
ST - Rewan
ST - Fahmi

1st half permainan adalah seimbang , sesi serangan bertubi tubi dari kedua dua pihak lawan . Player Saujana Red yg bertubuh sasa tidak dapat menembusi kubu SDX FC . Beberapa kesilapan daripada Slampuck , gagal di sempurnakan oleh striker lawan . Satu gerakan dari kiri padang oleh Iman , melakukan hantaran ke Rewan utk melakukan serangan . Dari tepi, Rewan menewaskan beberapa pertahanan lawan yg tidak termampu menahan Rewan . Rewan melepaskan satu rembatan ke sudut pintu gol . GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLLL . Assist : Iman . Goal : Rewan . SDX FC 1 , Saujana Red 0. Permainan semakin rancak , Saujana Red melakukan serangan bertali arus namun masih gagal menembusi pertahanan SDX FC. Namun , satu serangan dari tepi pintu gol gagal di sekat . Striker Saujana Red dgn mudah menewaskan Slampuck utk melepaskan satu rembatan betul betul di hadapan pintu gol . Kedudukan separuh masa pertama 1-1.

2nd half adalah sesi mencuba pemain pemain yg baru dtg dan ingin menceburkan diri dgn SDX FC

GK - Eidy
DC - Siddiq (Fahmi)
DC - Slampuck (Iman)
DR - Haris (Zarob)
DL - Zarob (kE)
DM - Gaf
MC - Izmie
MC - Parab
AM - Taka
ST - Lomak (Rewan)
ST - Avicenna

2nd Half , SDX FC diasak sekali lagi .Serangan nampaknya buntu . Satu gerakan dari tengah , dapat kepada Avicenna lalu melorongkan bola kehadapan , dikejar oleh Parab , namun Lomak yg juga cuba mengejar menyebabkan refree meniup wisel offside . Linesman dibahagian penonton SDX FC mengatakan "Mula-mula tidak offside , tapi bila player itu lari (Lomak) , dia terlibat !!" . Satu peluang yg disia-siakan. Satu gerakan pantas dilakukan Saujana Red , tidak dapat dikejar Siddiq lalu melakukan sliding tackle didlm kotak penalti . Saujana Red mendapat penalti !. Player Saujana Red mengambil penalti , sepakan penalti itu berjaya diselamatkan Goal Keeper - Eidy !. Kedudukan masih 1-1.. Saujana Red melakukan serangan pantas , Siddiq dan Haris tidak dapat mengejar . Gol !. kedudukan sekarang SDX FC 1 , Saujana Red 2 .. Beberapa pertukaran dilakukan bagi mengejar pihak lawan .

GK - Eidy , DC - Avicenna & Zarob DM - Gaf & kE ,
MR - Iman , ML - Parab , MC - Taka & Izmie , ST - Rewan & Fahmi
.

Namun beberapa serangan gagal di sempurnakan . Serangan bertali arus dari SDX FC tidak memberi makna jika bola tidak menerjah ke jaring . Tamat perlawanan , SDX FC tewas 1-2 . Hanya kekebalan goal keeper , Eidy yg dapat dibanggakan .

Terbukti bahawa dgn Fitness yg tinggi ditunjukkan oleh Saujana Red , dapat menewaskan SDX FC yg mempunyai player player yg agak berkaliber . Dah tuka tuka player kasi tak letih pon , fitness masih rendah . Malas kejar bola bile dah kantoi . Bile menyerang , letih nak turun . Tahan bola tak betul . Larian yg tidak laju . Sume nye berpunca hasil daripada keletihan atau lebih dikenali sebagai pancit ! . Diharap pasukan SDX FC dapat memberi pengajaran lepas raya nanti . Player player SDX FC diharap jgn makan melampau . Badan naik , lari slow mcm kura kura , duduk tepi padang je la. Fitness rendah , main timbang bola kat tepi padang je cukup. Malas kejar bola , bawak bola sendiri , main sendiri kat tepi padang .

Ada sesiapa mahu frenly lepas raya nanti ?
KAMI SEDIA MEMBERI PENGAJARAN KEPADA ANDA !

Tactical vs Saujana Red

TEAM TACTIC





Tactic pada perlawanan terakhir sebelom puasa kali ini lebih kepada serangan habis-habisan . Player-player yg bakal turun di jangka tidak fit kecuali mereka yg dtg training pada Jumaat petang iaitu - Izmie , kE , Munzir dan Avicenna . Player dipilih berdasarkan faktor fitness yg baik dan komitmen terhadap latihan berpasukan .

9-Side Merdeka Challenge

Pada hari ahad , 8pagi , SDX FC menyertai Official Match buat kali pertama
Pengalaman kali pertama bermain di kejohanan bola sepak 9 sebelah anjuran UMNO Sungai Ramal . SDX FC berada di Kumpulan D bersama 4 team yg lain

GROUP D
1)SDX FC
2)MEMBENTAP FC
3)SEMENYIH FC
4)SUNGAI TANGKAS FC
5)SAMBALEWAR


Perlawanan pertama menentang MEMBENTAP FC . (4-3-1)

GK - Efzet
DC - Nakai
DC - Slampuck
DR - Jo
DL - Zarob
MC - kE
MC - Iman
MR/L - Avicenna
ST - Adam

Perlawanan adalah sangat sengit dan pantas. Kubu SDX FC diasak bertubi tubi namun pihak musuh gagal menemui sentuhan. Separuh masa pertama , 7 minit berakhir dgn 0-0. Separuh masa kedua , player masih mempunyai stamina utk meneruskan permainan. Beberapa percubaan telah menggegarkan palang . Satu percubaan lawan dari kanan telah menewaskan goalkeeper (efzet), namun berjaya diselamat kan zarob disaat-saat terakhir . Zarob menjadi wira kali ini , namun ketika permainan hampir tamat , slampuck telah menjatuhkan pihak lawan dgn keras lalu dihadiahkan sepakan percuma . Sepakan percuma diambil dgn cepat tanpa sempat membuat benteng . Bola yg begitu tinggi sehingga seperti menutup matahari telah membuatkan goalkeeper kabur penglihatan . Bola lob dari sepakan percuma itu hanya lalu diatas helaian rambut goalkeeper tanpa disentuh . Tamat permainan , SDX FC tewas 0-1 .

Perlawanan kedua menentang SEMENYIH FC . (4-1-2-1)

GK - Efzet
DC - Nakai
DC - Jo
DR - Slampuck
DL - Zarob
DM - kE (2nd Half - Munzir)
MC - Iman (2nd Half - Avicenna)
MC - Chapan
ST - Adam

Separuh masa pertama SDX FC sekali lagi diserang bertubi tubi . Namun satu gerakan pantas dilakukan oleh Iman dan merembat dari luar kotak penalti . Bola yg menuju ke GK lawan telah dihalang penglihatannya oleh Adam sehingga menyebabkan GK lawan bertembung dgn Adam . Bola sepakan Iman itu menerjah ke pintu gol . GOOOOOOOOOOOOOOLLLLLL ! SDX FC 1 - SEMENYIH FC 0 . Goal : Iman . Assist : Adam . Setelah mendahului dgn gol pertama , pihak lawan telah mempressure refree dgn mengatakan bahawa adam telah mengkasari GK. Ini telah menyebabkan permainan semakin rancak . SDX FC diasak bertubi tubi sehingga menyebabkan beberapa kali sepakan percuma di luar kotak penalti . Namun , malang tidak berbau , Nakai telah melakukan sliding tackle dari blkg yg lambat sedikit ditambah perencah dari pihak lawan yg jatuh berguling guling dan menjerit . Refree menghadiahkan pihak lawan sepakan penalti . Kedudukan skrg 1-1 sehingga tamat 1st Half. 2nd Half , Iman dan kE keluar diganti Avicenna dan Munzir . Gerakan serangan semakin buntu . Adam turun ke tengah , Chapan menjadi ST . Satu gerakan dari kanan pintu gol SDX FC tidak dapat dihalang lagi . Rembatan leret ke hujung sudut bawah pintu gol berjaya menewaskan GK . Efzet tidak mampu utk terbang menyelamat kan bola yg berada di depan mata . Kedudukan menjadi 1-2. Satu lorongan serangan kepada Chapan utk membuat serangan , namun terjahan dari pertahanan pihak lawan yg dtg dari blkg telah mencampakkan Chapan 5 meter kehadapan , tidak mampu membuat apa-apa . Tamat perlawanan . SDX FC tewas 1-2.

Perlawanan ketiga menentang SUNGAI TANGKAS FC . (3-3-2)

GK - Efzet
DC - Nakai
DC - Slampuck (2nd Half - Adam (MC))
DC - Zarob (2nd Half - Lomak (ST))
MC - Jo
MC - Chapan (2nd Half kE (ST) )
MC - Munzir (2nd Half (DC) )
ST - Avicenna (2nd Half (DC) )
ST - Iman (2nd Half (MC) )

Hujan lebat yg sejuk menyebabkan player player SDX FC kesejukan . Namun , tidak bagi pihak lawan , Sungai Tangkas FC yg berbadan sasa . Ada yg tidak memakai baju , hanya beep sahaja , melawan hujan yg sangat sejuk . Sungai Tangkas FC yg dibarisi player yg begitu sasa , tinggi dan berbilang kaum . Mereka juga mempunyai player foreigner yg mustahil utk ditewaskan . SDX FC yg kesejukan memulakan permainan dgn ganas . Beberapa serangan hasil daripada pertukaran strategi kepada 2 striker seperti mampu menewaskan pihak lawan . Namun , beberapa peluang gagal disempurnakan . SDX FC juga diasak dgn begitu byk percubaan pihak lawan yg seperti menerjah jaring . Kedudukan 1st Half adalah 0-0. Separuh masa kedua , kemunculan KL , atau Khir Latif , mencuri tumpuan . KL , kE dan Adam masuk menggantikan Chapan , Nakai dan Slampuck. Namun serangan bertubi tubi dan ganas oleh pihak lawan yg sasa tidak mampu ditahan lagi . Satu rembatan dari luar kotak penalti yg didummy oleh pihak lawan di depan GK telah menerjah jaring . Kedudukan menjadi 0-1. KL yg buat pertama kali turun telah melakukan beberap serangan berbahaya . Pada satu ketika , KL berjaya mencuri bola dari GK , satu harapan diberikan kepada KL utk menjaringkan gol , tetapi , peluang itu pergi begitu sahaja . Bola ditolak keluar . Keputusan akhir . SDX FC tewas 0-1