9-Side Merdeka Challenge

Pada hari ahad , 8pagi , SDX FC menyertai Official Match buat kali pertama
Pengalaman kali pertama bermain di kejohanan bola sepak 9 sebelah anjuran UMNO Sungai Ramal . SDX FC berada di Kumpulan D bersama 4 team yg lain

GROUP D
1)SDX FC
2)MEMBENTAP FC
3)SEMENYIH FC
4)SUNGAI TANGKAS FC
5)SAMBALEWAR


Perlawanan pertama menentang MEMBENTAP FC . (4-3-1)

GK - Efzet
DC - Nakai
DC - Slampuck
DR - Jo
DL - Zarob
MC - kE
MC - Iman
MR/L - Avicenna
ST - Adam

Perlawanan adalah sangat sengit dan pantas. Kubu SDX FC diasak bertubi tubi namun pihak musuh gagal menemui sentuhan. Separuh masa pertama , 7 minit berakhir dgn 0-0. Separuh masa kedua , player masih mempunyai stamina utk meneruskan permainan. Beberapa percubaan telah menggegarkan palang . Satu percubaan lawan dari kanan telah menewaskan goalkeeper (efzet), namun berjaya diselamat kan zarob disaat-saat terakhir . Zarob menjadi wira kali ini , namun ketika permainan hampir tamat , slampuck telah menjatuhkan pihak lawan dgn keras lalu dihadiahkan sepakan percuma . Sepakan percuma diambil dgn cepat tanpa sempat membuat benteng . Bola yg begitu tinggi sehingga seperti menutup matahari telah membuatkan goalkeeper kabur penglihatan . Bola lob dari sepakan percuma itu hanya lalu diatas helaian rambut goalkeeper tanpa disentuh . Tamat permainan , SDX FC tewas 0-1 .

Perlawanan kedua menentang SEMENYIH FC . (4-1-2-1)

GK - Efzet
DC - Nakai
DC - Jo
DR - Slampuck
DL - Zarob
DM - kE (2nd Half - Munzir)
MC - Iman (2nd Half - Avicenna)
MC - Chapan
ST - Adam

Separuh masa pertama SDX FC sekali lagi diserang bertubi tubi . Namun satu gerakan pantas dilakukan oleh Iman dan merembat dari luar kotak penalti . Bola yg menuju ke GK lawan telah dihalang penglihatannya oleh Adam sehingga menyebabkan GK lawan bertembung dgn Adam . Bola sepakan Iman itu menerjah ke pintu gol . GOOOOOOOOOOOOOOLLLLLL ! SDX FC 1 - SEMENYIH FC 0 . Goal : Iman . Assist : Adam . Setelah mendahului dgn gol pertama , pihak lawan telah mempressure refree dgn mengatakan bahawa adam telah mengkasari GK. Ini telah menyebabkan permainan semakin rancak . SDX FC diasak bertubi tubi sehingga menyebabkan beberapa kali sepakan percuma di luar kotak penalti . Namun , malang tidak berbau , Nakai telah melakukan sliding tackle dari blkg yg lambat sedikit ditambah perencah dari pihak lawan yg jatuh berguling guling dan menjerit . Refree menghadiahkan pihak lawan sepakan penalti . Kedudukan skrg 1-1 sehingga tamat 1st Half. 2nd Half , Iman dan kE keluar diganti Avicenna dan Munzir . Gerakan serangan semakin buntu . Adam turun ke tengah , Chapan menjadi ST . Satu gerakan dari kanan pintu gol SDX FC tidak dapat dihalang lagi . Rembatan leret ke hujung sudut bawah pintu gol berjaya menewaskan GK . Efzet tidak mampu utk terbang menyelamat kan bola yg berada di depan mata . Kedudukan menjadi 1-2. Satu lorongan serangan kepada Chapan utk membuat serangan , namun terjahan dari pertahanan pihak lawan yg dtg dari blkg telah mencampakkan Chapan 5 meter kehadapan , tidak mampu membuat apa-apa . Tamat perlawanan . SDX FC tewas 1-2.

Perlawanan ketiga menentang SUNGAI TANGKAS FC . (3-3-2)

GK - Efzet
DC - Nakai
DC - Slampuck (2nd Half - Adam (MC))
DC - Zarob (2nd Half - Lomak (ST))
MC - Jo
MC - Chapan (2nd Half kE (ST) )
MC - Munzir (2nd Half (DC) )
ST - Avicenna (2nd Half (DC) )
ST - Iman (2nd Half (MC) )

Hujan lebat yg sejuk menyebabkan player player SDX FC kesejukan . Namun , tidak bagi pihak lawan , Sungai Tangkas FC yg berbadan sasa . Ada yg tidak memakai baju , hanya beep sahaja , melawan hujan yg sangat sejuk . Sungai Tangkas FC yg dibarisi player yg begitu sasa , tinggi dan berbilang kaum . Mereka juga mempunyai player foreigner yg mustahil utk ditewaskan . SDX FC yg kesejukan memulakan permainan dgn ganas . Beberapa serangan hasil daripada pertukaran strategi kepada 2 striker seperti mampu menewaskan pihak lawan . Namun , beberapa peluang gagal disempurnakan . SDX FC juga diasak dgn begitu byk percubaan pihak lawan yg seperti menerjah jaring . Kedudukan 1st Half adalah 0-0. Separuh masa kedua , kemunculan KL , atau Khir Latif , mencuri tumpuan . KL , kE dan Adam masuk menggantikan Chapan , Nakai dan Slampuck. Namun serangan bertubi tubi dan ganas oleh pihak lawan yg sasa tidak mampu ditahan lagi . Satu rembatan dari luar kotak penalti yg didummy oleh pihak lawan di depan GK telah menerjah jaring . Kedudukan menjadi 0-1. KL yg buat pertama kali turun telah melakukan beberap serangan berbahaya . Pada satu ketika , KL berjaya mencuri bola dari GK , satu harapan diberikan kepada KL utk menjaringkan gol , tetapi , peluang itu pergi begitu sahaja . Bola ditolak keluar . Keputusan akhir . SDX FC tewas 0-1

0 : Comment: