Report 6th Match : vs Jalan 6 FC

Venue : Sport Arena Football Field
Time : 6 PM
Enemy : Jalan 6 FC


Kali ini Jalan 6 FC bertandang ke Cyberjaya setelah 2 game sebelomnya di Bangi . Masalah padang permainan menjadi isu kali ini apabila padang MMU telah digunakan utk game yg lain (Melawati FC vs Spirulina). Nasib baik team musuh tak sampai lagi sbb sesat jalan menuju ke Cyberjaya , jika tidak , ini akan memalukan tuan rumah . Jalan 6 FC merupakan "Sparring Team" bagi SDX FC bagi mempertingkatkan mutu player player . kE sempat mengbooked padang di sports arena . Walaupun padang agak kecik dan tak best sgt , tapi bole la main jugak .

SDX FC mengekalkan taktik 4-2-1-2-1 kerana setakat ini , taktik ini tidak pernah kalah lagi .

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Zarob
CB - Nakai
CB - Zul
DM - Bagok
DM - FZ
CM - Jo
AM - kE
AM - Avicenna
ST - Rewan


1st half bermula dgn rancak sekali . Padang yg agak kecik membuatkan tempo permainan adalah sgt laju , tiada ruang utk sebarang kesilapan . Beberapa percubaan telah dipersiakan . Satu gerakan dari bawah , dapat kepada Bagok (DM) , membawa bola kehadapan , melepasi 2 pertahanan lawan , lalu memberi ruang kepada rewan . Rewan tanpa membuang masa merembat dgn kaki kiri . GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAAAAAAAAAAAALLLLLLLLLLL !!! Goal : Rewan . Assist : Bagok . Kedudukan skrg SDX FC 1 , Jalan 6 FC 0

Team musuh tersentak dgn counter attack yg dilakukan SDX FC . Jalan 6 FC melakukan beberapa serangan tapi dapat dipatahkan oleh pertahanan SDX FC . Satu cross dari kiri , lambung menuju GK (Eidy) , Eidy lemas , tak dapat menampan bola keluar . Terkena tiang gol , melantun keluar , ketengah pintu gol , player Jalan 6 FC merembat ! (konfem gol) , tetapi FZ berjaya terbang utk menanduk bola keluar . GK (Eidy) sudah tertewas , namun FZ berada di kedudukan yg tepat . Satu keadaan yg amat mencemaskan , jika tidak , kedudukan akan menjadi 1-1 .

SDX FC melakukan serangan balas , beberapa serangan dari tepi dapat dipatahkan pertahanan lawan . Rewan mendapat peluang 1 on 1 , tapi gagal menyempurnakan peluang . Jo membawa bola berseorangan , menuju pintu gol lawan , tetapi di tackle ganas oleh player Jln 6 FC. Freekick , sedikit diluar kotak penalti . Avicenna mengambil sepakan . Lambung dan swing menuju ke pintu gol lawan . Pertahanan lawan cuba menanduk bola keluar , betul betul dihadapan keeper , tetapi bola yg ditanduk menerjah jaring . GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAAAAAAAAAAAALLLLLLLLLLL !!!
Goal : Own Goal . Assist : Avicenna
. Gol Freekick yg pertama buat SDX FC. Kedudukan skrg SDX FC 2 - Jalan 6 FC 0 Permainan diteruskan namun kedua dua pasukan buntu mencari gol .Satu peluang dari SDX FC dapat kepada kE namun bola dirembat gagal menepati sasaran .
Tamat separuh masa pertama . SDX FC 2 - Jalan 6 FC 0

2nd half dimulakan dgn 1 pertukaran . Rizal menggantikan FZ di DM . SDX FC di serang bertalu talu . Pertahanan SDX FC kali ini amat sibuk mempertahankan pintul gol . Beberapa serangan SDX FC telah dimusnahkan oleh pertahan lawan yg membuat offside trap . Rewan , Jo , kE , semua terperangkap dgn offside trap . Jalan 6 FC mengasak , kelam kabut di hadapan pintu gol SDX FC , cuba mengeluarkan bola , tapi tak dapat . Dirampas oleh player lawan , keadaan bahaya ! Nakai mengtackle bagi mendapatkan bola . Walaupon tackle adalah biasa tetapi player lawan bijak utk jatuh seperti ditackle ganas sambil menjerit . Refree meniup wisel . Penalti !!! . Eidy bersedia berhadapan dgn penalti , bola disepak ! Tipis menuju keluar pintu gol . SDX FC terselamat . Jalan 6 FC mengsia siakan peluang . Kedudukan masih SDX FC 2 - Jalan 6 FC 0

Beberapa pertukaran dilakukan . Cacai masuk menggantikan kE . Slampuck masuk menggantikan Zarob . Tactical Change .

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Rizal
CB - Nakai
CB - Zul
DM - Bagok
DM - Slampuck
CM - Jo
AM - Cacai
AM - Avicenna
ST - Rewan


Permainan diteruskan namun SDX FC masih gagal membuat serangan yg merbahaya . Pertahanan SDX FC nampak agak keletihan dgn serangan bertubi tubi . Beberapa corner utk Jalan 6 FC adalah amat merbahaya kerana mereka mempunyai seorang player yg sgt tinggi . Tinggi seperti Crouch . Slampuck dan Jo diarahkan mengawal player ini . Satu serangan oleh Jalan 6 FC dari tepi , GK (Eidy) keluar jauh utk menyelamatkan bola tetapi gagal . Pintu gol kosong ! Bola dirembat , tapi berjaya diselamatkan pertahanan SDX FC (nama penyelamat masih dicari) . Akhirnya , separuh masa kedua tamat . Kedudukan penuh , SDX FC 2 - Jalan 6 FC 0 .

SDX FC sekali lagi berjaya memberi pengajaran ! Nampaknye , taktik 4-2-1-2-1 amat sesuai dgn SDX FC . 2 DM membuatkan team lawan gagal menembusi pertahanan . 1 CM menggerakkan jentera serangan dgn dibantu DM . 2 AM yg membuka ruang tepi bagi memporak peranda kan pertahanan lawan . 1 ST yg sentiasa bersiap sedia dihadapan , menghukum kesilapan lawan .

NEXT MATCH : SDX FC bisa menewaskan sebarang musuh !

3 : Comment:

Anonymous said...

salah info la beb.....time clear bola dr line tuh kedudukan still 0-0 hahaha da save dr tuh baru kte dpt score trus counter - attack

Anonymous said...

mane ade la , time tu 1-0 . kalau tak , seri . time tu cuak kalau seri 1-1 , nanti dieorg boleh menang

Anonymous said...

hoho.. jgn gado2.. x kesah 1-0 ke 0-0 ke.. janji menang.. heheha..