Report 5th Match vs Melawati FC

Musuh : Melawati FC
Tempat : Padang MMU
Masa : 5PM


Perlawanan persahabatan ke-5 menentang Melawati FC yg dtg jauh dari Taman Melawati . Team SDX FC nampaknye dah sampai seawal 4pm . Jersey baru yg berwarna fluorescent ,sangat mencerahkan pemakainye . Team melakukan warming up sehingga ada yg dah pancit . Team lawan sudah sampai utk memulakan match .

Taktik SDX FC kali ini dijangka amat sesuai utk player player . Setelah di kaji beberapa match ,
taktik 4-2-1-2-1 di jangka membuahkan hasil .

1st Half

GK - Eidy
RB - Rizal
LB - Zarob
CB - Nakai
CB - Bagok
DM - Munzir
DM - Slampuck
CM - Yassir
AM - Toopai
AM - Iman
ST - Rewan


Game dimulakan dgn rancak skali . SDX FC melakukan serangan bertali arus . Slampuck melakukan larian overlaping menuju ke pintu gol . Overlaping dari slampuck telah mencemaskan pihak lawan. Satu counter attack dilakukan , defend SDX FC mengclearkan bola , dapat kepada Rewan , Rewan berlari pantas menewaskan centre back lawan , 1 on 1 dgn keeper lalu membuat sepakan lambung menewaskan keeper . GOOOOOOOOOOOAAAAAAAALLLLLLLLLL ...... Goal : Rewan . Kedudukan sekarang 1-0 .

Hasil daripada gol pertama , SDX FC diasak pula . Beberapa percubaan mencemaskan SDX FC , namun keeper lebih pantas menyelamatkan keadaan . Permainan telah berlalu 20 minit , nampak nye Slampuck dah tak larat nak main , kepancitan yg amat . Slampuck diganti dgn Izmie . Tactical Change .

GK - Eidy
RB - Rizal
LB - Izmie
CB - Nakai
CB - Zarob
DM - Munzir
DM - Bagok
CM - Yassir
AM - Toopai
AM - Iman
ST - Rewan


Selepas beberapa minit , Yassir pula ingin keluar kerana dah letih main sorang sorang kat tengah . Yassir di ganti Jo diposisi yg sama CM . Perlawanan semakin rancak , namun SDX FC tidak dapat peluang utk menjaringkan gol lagi . Perlawanan 1st Half tamat dgn kedudukan SDX FC 1 - Melawati FC 0

2nd Half

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Nakai
CB - Zarob
CB - Bagok
DM - Avicenna
DM - kE
CM - Jo
AM - Chapan
AM - Fahmi
ST - Rewan


2nd Half , beberapa pertukaran dilakukan bagi mengrefreshkan semula pasukan . SDX FC melancarkan beberapa serangan . Satu hantaran dari tepi oleh Jo lepas dari Rewan , dapat kepada Chapan , lalu melakukan sepakan ke sudut pintu gol , mudah menewaskan gol keeper lawan . GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOAAAALLLLLLLLLLLL . Goal : Chapan. Assist : Jo . SDX FC 2 - Melawati FC 0

SDX FC semakin mengasak , Rewan mendapat bola dari tepi padang , melakukan larian , Chapan cuba membantu ,namun Rewan meneruskan larian menewaskan pertahanan lawan lalu merembat . GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOAAAAAALLLLLLLLLL . Goal : Rewan . SDX FC 3 - Melawati FC 0

Nakai (LB) diganti Rizal (LB).Kedudukan selesa 3-0 , namun SDX FC masih melakukan serangan . Semakin ramai player SDX FC naik keatas . Bola dirampas oleh Jo didlm kotak penalti, lalu Jo membuat rembatan deras , bola melayang mengelirukan gol keeper lawan. GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAALLLLLLLLLL Goal : Jo . SDX FC 4 - Melawati FC 0

Jo (CM) diganti Yassir . Chapan (AM) diganti Cacai . Fahmi (AM) diganti Lomak. Rewan (ST) diganti Iman (ST). Tactical change .

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Rizal
CB - Zarob
CB - Bagok
DM - Yassir
DM - Lomak
CM - Cacai
AM - Avicenna
AM - kE
ST - Iman


Selepas pertukaran pemain , SDX FC di serang bertalu talu . Sekali sekala , SDX FC melakukan serangan . Satu serangan dari pihak lawan menewaskan pertahanan SDX FC lalu menjaringkan gol . Nampak seperti player SDX FC tak kisah dgn gol itu . Kedudukan sekarang . SDX FC 4 - Melawati FC 1.

Iman mendapat bola , membawa ke tepi padang , lalu membuat hantaran leret ke tengah . Yassir , yg berlari pantas membantu Iman cuba menjaringkan gol hasil dari hantaran ketengah itu , namun , Yassir tergolek ketika cuba membuat sepakan . SDX FC gagal menambah jaringan ke-5.

SDX FC diserang , kali ni pertahanan kelihatan serabut didlm kotak penalti . Lalu , player Melawati FC (Jalil) membuat rembatan jauh dari dlm kotak penalti menewaskan Eidy (GK) . Melawati FC semakin bersemangat menambah gol . Sekali lagi , player SDX FC tak kisah dgn gol itu . Kedudukan sekarang . SDX FC 4 - Melawati FC 2.

Zarob (CB) diganti Slampuck (CB) dan merupakan pertukaran bagi membantu jentera pertahanan . kE (AM) diganti Fahmi (AM) . Melawati FC semakin ghairah melakukan serangan . Satu hantaran lambung ke Far Post dapat ditanduk , skali lagi menewaskan Eidy (GK) . Kali ini , player SDX FC cemas !!! dgn gol ke-3 itu kerana kedudukan skrg SDX FC 4 - Melawati FC 3.

SDX FC pula cuba melakukan serangan selepas bolos 3 kali . Kali ini Avicenna dipaksa turun jadik DM . Masa seperti berlalu lambat . Satu hantaran jauh dari Avicenna , dapat ke Taka (yg menggantikan Iman) . Taka 1 on 1 dgn keeper , namun gagal menewaskan keeper . Peluang terbuka luas disia sia kan .
Tamat perlawanan . SDX FC 4 - Melawati FC 3.

Nampaknye , game 40 minit per Half sgt meletihkan . Sekali lagi , SDX FC berjaya memberi pengajaran dgn mendahului 4-0 , kemudian diberi pengajaran dgn bolos 3 gol ! . Next Game ? Ade team nak lawan ? Jersey dah ade (cerah bersinar) ,Team dah kuat (agak-agak) , tapi player masih pancit lagi .

NEW TEAM RATINGS :

CHEMISTRY : 9/10
KOMITMEN : 8/10
TACTICAL : 9/10
STAMINA : 2/10
ATTACKING : 8/10
DEFENDING : 7/10
SEMANGAT : 10/10
GAYA : 10/10


Any team out there want to have friendly with us ? We Are Ready To Give You A Lesson !

0 : Comment: