Report 10th Match vs Jalan 6 FC

Player SDX FC turun dengan player cukup cukup . Jalan 6 FC pula seperti biasa tiba lewat kerana sesat mencari padang MMU Cyberjaya . Nampak nya player Jalan 6 FC ramai muka muka baru yg jarang dilihat di game game sebelom ini . Mereka nampak lebih tua , besar dan ganas . Player SDX FC seperti biasa membuat rutin yg malas warming up tetapi bermain sepak sepak sambil membuat lawak . GK (Eidy) telah membuat beberapa aksi tergolek yg memberangsangkan sepanjang sesi sepak sepak itu .

1st Half

GK - Eidy
RB - Rizal
LB - Ken
CB - Izmie
CB - Moonz
DM - Joe
DM - kE
CM - Avicenna
LM - Iman
RM - Chapan
ST - Rewan


Awal awal lagi Jalan 6 FC telah diasak bertubi tubi . Nampaknya SDX FC bermain offside trap . Defender jauh ditengah padang dan player Jalan 6 FC sering terperangkap. Beberapa percubaan tidak berjaya dilakukan oleh SDX FC . Iman (LM) mendapat bola membawa bola , melepasi perangkap pertahanan lawan , 1 on 1 dengan keeper , namun gagal menewaskan keeper . Chapan (RM) mendapat satu lorongan, mengejar dgn laju , namun GK lawan lebih laju . Rewan membawa bola sorang sorang kat tepi padang , membawa ketengah , Jo meminta bola , namun Rewan terus merembat , mudah didakap oleh keeper . Avicenna cuba membuat rembatan jauh dari luar kotak penalti namun gagal menemui sasaran .

Satu serangan dari SDX FC , Chapan mengejar , membawa dari tepi , namun defender Jalan 6 FC yg tinggi dan gagah dengan mudah mengetepikan Chapan . Chapan memandang dgn muka ganas kerana dijatuhkan (tapi manager shuk ckp chapan buat muka comel) . Rewan pula mendapat bola , bawak ketepi , pusing sorang sorang , tak lepas , defender lawan menjatuhkan Rewan , freekick . Rewan tidak dapat menembusi pertahanan lawan yg begitu agresif. Jalan 6 FC menyerang , Izmie (CB) berjaya mematahkan serangan , membawa bola melepasi 2 pemain , namun seorang player Jalan 6 FC menyepak kaki Izmie dari belakang . Izmie berhenti buat muka tak puas hati ( manager shuk ckp Izmie buat muka merajuk ). Refree meniup wisel utk freekick. Jalan 6 FC membuat serangan mengejut , lorongan kepada striker lawan , Moonz (CB) cuba mengejar dan menolak player lawan , namun tidak termampu kerana tidak cukup gagah dan laju , Eidy (GK) hanya menanti striker lawan menjaringkan gol . SDX FC 0 - Jalan 6 FC 1 . Gol pertama , Jalan 6 FC menyambut dengan meriah skali . Seperti bermain di EPL , aksi aksi selepas menjaringkan gol yg mengagumkan. Tamat 1st Half . SDX FC 0 - Jalan 6 FC 1

2nd Half Chapan digantikan Cacai . Chapan nampaknya injured kerana aksi aksi ganas dan tidak sportmanship dari Jalan 6 FC .

GK - Eidy
RB - Rizal
LB - Ken
CB - Izmie
CB - Moonz
DM - Joe
DM - Cacai
CM - Avicenna
LM - Iman
RM - kE
ST - Rewan


SDX FC dilanda serangan yg bertubi tubi . Walaupon Jalan 6 FC sering terperangkap offside , namun serangan mereka adalah sgt merbahaya . Rewan yg cuba membawa bola kepintu gol sering dilanda tackle tackle yg ganas dan ditolak sehingga jatuh . Beberapa freekick diluar kotak penalti gagal disempurnakan .

Aksi semakin panas , SDX FC menyerang bertubi tubi , Jalan 6 FC meng'provoke' player player SDX FC dgn aksi merbahaya . Rewan sering sahaja dijatuhkan pihak lawan tanpa belas kasihan . Nampaknya Rewan tidak mampu berbuat apa apa . Joe dan kE juga sering di ganasi. Satu serangan dari SDX FC , dapat kepada Avicenna namun gagal merembat , terembat kaki player Jalan 6 FC . Tidak disengajakan namun satu player Jalan 6 FC berlari dari tengah padang menjerit jerit "Wei , ape ni , main bola la" sambil menunjukkan gaya tangan yg sgt annoying (lawak pun ada) . Avicenna membalas "Rilex la bro , main bola , jgn emo² , bukan kena pon". Kali ini Izmie pula terkena sliding tackle (izmie melompat). Refree meniup wisel tanda satu sliding yg bahaya . Player Jalan 6 FC menepuk nepuk tangan (provoke) , "main bola wei , jgn pressure pressure sgt".

Satu serangan balas dari Jalan 6 FC , tidak dikawal , 1 on 1 dgn Eidy(GK) , defend dah tak larat , tengok je . Eidy menyelamatkan keadaan , baru defender dtg membantu dan menclearkan bola . Jalan 6 FC menyerang skali lagi , player tidak dikawal , tidak dijaga oleh Rizal (outposition) , player Jalan 6 FC merembat sekuat hati (mcm org gile) dan gol . Mereka skali lagi meraikan gol seperti menang FA CUP , bersorak sorak meraikan kejayaan dan begitu bangga sekali dengan gol mereka . Player SDX FC seperti biasa hanya mendiamkan diri dan ketawa melihat gelagat Jalan 6 FC .

SDX FC menyerang lagi , Iman dan Joe bawak sorang sorang , player Jalan 6 FC menjerit "dia nak main sorang je tu wei , nak makan sorang". Iman dan Joe juga telah dijatuhkan seperti nangka busuk. Iman membuat skill sorang sorang tengah tengah di luar kotak penalti cuba memasuki kawasan , namun dijatuhkan ! Iman melompat dan jatuh (manage shuk kata , Iman jatuh dengan comel) . Ingatkan Penalty , rupenye Freekick je . Takde sape yg nak amik freekick . Iman , Joe , Rewan , Cacai berbaris selari utk mengambil sepakan . Iman cakap "Sape dapat dulu , dia sepak ! " . Refree meniup wisel , Avicenna dari blkg berlari , 5 org merebut 1 bola ! Avicenna dapat menyepak namun sedikit tersasar . Semua tergelak sbb main rebut rebut bola nak sepak freekick. "Ape bende nie" . Tamat perlawanan SDX FC 0 - Jalan 6 FC 2

Manager shuk menjerit ,"Korang ni main mcm babi la , tau la tak form jgn nak buat lawak pulak kat tgh padang !"


P/S: SDX FC telah diberi pengajaran 4 game berturut turut .

0 : Comment: