Report 11th Match vs M Rovers FC

Hujan rintik rintik . Cuaca amat sejuk . Player M Rovers FC dah datang awal . Player SDX FC masih menunggu player player yg star . Ada yg baru nak kluar rumah , yg dekat alamanda , yg nak main 2nd half , yg masih on the way , tidak lupa juga yg ingatkan game cancel sbb hujan . Player SDX FC membuat warming up sendiri sendiri (mcm biase , main sepak bola) .

1st Half

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Avicenna
CB - Padel
CB - Zarob
DM - Jo
DM - Cacai
RM - Iman
LM - Yassir
AM - Toopai
ST - Rewan


Permainan dimulakan , passing sesame team yg dilakukan SDX FC memberangsangkan . Melakukan beberapa serangan . Diserang balas , dapat dipatahkan . Defend SDX FC sekali lagi bermain offside trap , defend sgt tinggi jauh ditengah padang . Beberapa kali offside trap tidak berjaya dan terpaksa memecut memotong bola , ditambah dgn keeper (Eidy) kluar menyelamatkan keadaan .

Toopai dan Cacai bergandingan ditengah mencipta serangan . Iman , Jo dan Izmie bergandingan disebelah kanan membuat serangan balas .Avicenna ,Yassir dan Rewan bergandingan di sebelah kiri . Satu serangan dari tepi , lorongan kepada Rewan (ST) , Rewan memecut , melepasi defender tengah , 1 on 1 dengan keeper lawan , shoot ! Keetangggggggg . Rembatan Rewan terkena tiang gol melantun ke tengah , rembatan susulan gagal menemui sasaran . M Rovers FC menyerang , melepasi offside trap , Zarob (CB) mengejar, dapat menolak ketepi , Avicenna (LB)mengclearkan bola jauh ketengah padang . SDX FC melakukan serangan balas, dapat kepada Iman , cuba membuat skill namun dijatuhkan pihak lawan . Freekick . Iman mengambil freekick . Satu sepakan straight cut ke sudut far post pintu gol , GOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAAAALLLLLLLLLLLLLLL .
Goal : Iman . SDX FC 1 - M Rovers FC 0 .


M Rovers FC melakukan serangan bertubi tubi , beberapa offside trap SDX FC berhasil , namun , ada juga yg gagal , defender yg laju dan keeper yg cepat kluar berjaya mengawal keadaan . Serangan dari SDX FC , keeper lawan menolak bola kluar utk corner kick . Satu sepakan corner lencong ke tengah , melepasi defender lawan , melantun , dapat kepada Yassir , keeper lawan cuba menangkap , Yassir mencucuk . GOOOOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAAAAAAAAAALLLLLLLLLLLLLLLLL .
Goal : Yassir . Assist : Avicenna . SDX FC 2 - M Rovers FC 0 .


M Rovers bertindak balas , masih cuba melepasi offside trap , satu lorongan ke depan , dapat ke striker lawan , melepasi perangkap . Zarob dan Avicenna cuba mengejar , keeper kluar cuba menyelamatkan keadaan . Striker lawan menolak mudah ketepi melepasi keeper (Eidy) . GOL . SDX FC 2 - M Rovers FC 1. Permainan diteruskan , Cacai (DM) dah tak larat , ditukar dengan Ken (LB) , Avicenna menjadi DM . Tamat 1st Half . SDX FC 2 - M Rovers FC 1

2nd Half

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Ken
CB - Padel
CB - Zul K
DM - Jo
DM - Avicenna
RM - Fahmi
LM - Iman
AM - Toopai
ST - Rewan


SDX FC diserang bertubi tubi . M Rovers FC cuba mendapatkan gol penyamaan . Benteng SDX FC beberapa kali diuji , Namun kekebalan benteng SDX FC masih kukuh . Izmie (RB) cuba melepasi beberapa player lawan , tidak lepas . Kedudukan bahaya , namun bola berjaya dikeluarkan . Bola dapat kepada Rewan (ST) memecut kedepan , bawak bola sorang sorang , yg lain tidak membantu , Fahmi , Iman dan Toopai hanya melihat sahaja . "Dah tau dah , tayah support Rewan , dia main sorang sorang tu " . Beberapa serangan SDX FC dari tengah , berjaya mengawal perlawanan , namun lorongan lorongan berjaya dipatahkan pemain lawan yg besar . Beberapa freekick gagal memberi impact . Nampaknya M Rovers FC telah bersedia selepas bolos dari freekick dan corner kick di separuh masa pertama.

Satu daripada serangan bertubi tubi dari M Rovers FC berjaya melepasi pertahanan SDX FC . Keadaan masih terkawal , namun dgn tiba tiba player lawan membuat rembatan tonjol yg kuat , rendah , melepasi kangkang Eidy (GK) . GOL . Eidy hanya mampu menutup kangkangnya semula . SDX FC 2 - M Rovers FC 2 . Taka (LM) masuk menggantikan Toopai (AM) , Yus (DM) masuk menggantikan Iman (LM) . Tactical Change :.

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Ken
CB - Padel
CB - Zul K
DM - Jo
DM - Yus
CM - Avicenna
RM - Fahmi
LM - Taka
ST - Rewan


SDX FC pula membuat serangan habis habisan , satu serangan dari bawah , dapat kepada Zul K (CB) , membuat satu lorongan jauh ke depan , kepada Fahmi (RM) , Fahmi memecut laju di tepi padang , Rewan (ST) dan Taka (LM) cuba membantu Fahmi . Fahmi membuat crossing , lambung ke tengah , melepasi keeper lawan . Eh....... GOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAAAAAAAAAALLLLLLLLLL .
Goal : Fahmi . Assist : Zul K . SDX FC 3 - M Rovers FC 2 .


Lomak (DM) masuk menggantikan Rewan (ST) , Jo (DM) kluar digantikan Moonz (DM) . Tactical Change :

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Ken
CB - Padel
CB - Zul K
DM - Yus
DM - Lomak
DM - Moonz
CM - Avicenna
AM - Taka
ST - Fahmi


SDX FC memasukkan 3 DM bagi menghadapi serangan serangan yg bakal tiba . Yus dan Moonz berjaya membuat beberapa clearence menyelamatkan keadaan . Lomak berjaya memecut melepasi striker lawan bagi memotong bola kepada keeper . Pertahanan SDX FC nampaknya kental . Namun serangan juga berjaya dilakukan , namun tidak berhasil kerana ada 3 org je kat atas . Tamat Perlawanan . SDX FC 3 - M Rovers FC 2

Sepanjang game , Manager (Shuk) dan Asst. Manager (Chapan) telah memberi kata kata perangsang dan kutukan , disamping taktik yg berjaya menggondol kemenangan 3-2. Disebalik kemenangan , team Indonesia telah tiba dan berusaha utk lawan dgn SDX FC dgn nilai taruhan RM200 (sape kalah = bayar). SDX FC tidak terlibat dgn aktiviti perjudian . Pelawaan team Indonesia telah ditolak , tetapi salah seorang daripada mereka telah berjaya meng'pau' Yassir sebatang rokok dan meng'pau' Toopai air 100 Plus. Team Indonesia pulang dgn hampa kerana tidak dapat nak lawan SDX FC .

Next Game : It's time to sign committment with defend player (Padel , Yus , Ken)and new Goal Keeper (Mas)

Media : Iman dan Fahmi berjaya mencapai impian masing² utk menjaringkan gol setelah sekian lama berjanji nak GOL .

0 : Comment: