SDX FC sekali lagi bertandang ke Pusat Latihan Pos bagi menentang Jalan 6 FC
Player player yg mmg susah nak kumpul bile game pagi . Ada yg "On The Way" , ada yg "Baru Bangun" dan ada yg tak angkat phone langsung dah . Maka , player yg ada sblom match hanya 10 org . Ini la lumrah nak kumpul player player amatur utk beraksi utk kelab .Bukan senang player player amatur ni nak tunjuk aksi bagi pengajaran .
GK - Avicenna
RB - Rizal
LB - Izmie
CB - Zul K
CB - Zarob
DM - kE
DM - Lomak
CM - Jo
CM - Iman
ST - Toopai
Lepas 10 minit game , datang la Chapan , masuk menjadi ST
ST - Chapan
Lepas 15 minit , kedudukan masih 0-0 , SDX FC menyerang bertalu-talu. Serangan dari Jalan 6 FC yg tak selalu , tapi amatlah merbahaya kerana keeper SDX FC tau gune kaki je jaga gol . Lomak kelihatan tercungap cungap , tidak mampu meneruskan permainan . Lomak terduduk di bahagian defend , team memarahi Lomak supaya duduk la depan skit , kang tak offside kang . Mujur keeper SDX FC, Eidy akhirnya sampai , lalu menggantikan Lomak yg dah tak tahan lagi. Stamina die hanya 10 minit , lagi 5 minit , terduduk .
GK - Eidy
RB - Rizal
LB - Izmie
CB - Zul K
CB - Zarob
DM - kE
RM / LM - Avicenna
CM - Jo
CM - Iman
ST - Toopai
ST - Chapan
Setelah team sudah stabil, serangan yg dilakukan semakin bertalu talu . Namun , tiada sentuhan berbisa bagi menyudahkan peluang peluang yg terhidang di depan mata. Terdapat beberapa peluang 1 on 1 , namun sentuhan masih tidak berbisa utk memberi pengajaran .
Satu sepakan percuma lambung ke hujung pintu gol lawan , cuba di sambut oleh Chapan , namun tidak kesampaian , tetapi berjaya di sambut Jo , lalu........... KETANGGGGG!! ...gagal ! terkena tiang gol . Peluang disia siakan lagi.
Serangan bertali arus , SDX FC menggunakan sistem giliran . Kalau Izmie (LB) naik jadik wing back (LM), maka Avicenna akan berada di RM , kalau Rizal (RB) naik jadik RM , Avicenna jadik LM , namun masih buntu mendapat sentuhan gol . Bola yg beberapa kali keluar menyebabkan player lepak jap minum air , tapi Pengadil bagi Kad Kuning kepada Iman kerana dgn selamber duk lepak tepi mcm abis game , minum air .1st Half 0-0
2nd Half di teruskan dgn penuh semangat . SDX FC masih menguasai perlawanan dgn gerakan yg cantik dan hantaran yg tepat , walaupon kengkadang kantoi . Beberapa kali hantaran lintang dilakukan , namun player masih buntu nak buat ape dgn bola niiieeeee... Nak rembat ke ? Nak pass ke ? Nak bawak sendiri ke ? Kali ni , tiang gol SDX FC yg berbunyik ... KETAANGGGGGG ! kerana Eidy menyangka bola nak kuar . Beberapa save dari Eidy mencuakkan bukan sahaja pihak lawan , malah team sendiri , kerana takut lutut nye injured lagik . Team lawan mendapat peluang keemasan apabila 1 on 1 dgn Eidy dan defend SDX FC hanya mampu melihat sahaja , Eidy bertarung dgn striker lawan . Sekali lagi , berjaya diselamatkan ! Permainan high tempo tidak mampu ditahan lagi , kE kluaaar ganti Lomak yg dah tambah tenaga utk next 15 minit . Team lawan juga melakukan beberapa pertukaran .
Serangan bertubi tubi masih gagal di sempurnakan , Toopai mendapat peluang , merembat , namun goal keeper lawan ternyata mmg besar orgnya . Gerakan dari wing back kanan disambung di bahagian pertengahan , namun masih gagal , rembatan Jo , jauh ke hujung dunia . Zul K juga cuba naik atas dan melakukan rembatan , namun masih gagal menewaskan keeper lawan . Satu peluang keemasan skali lagi dtg buat SDX FC . Satu gerakan dari Rizal , di sambung oleh Iman , melambungkan bola melepasi keeper lawan , sudah tertewas ! Namun , skali lagi , KETAAAAANGGGGGGG ! Palang pula menjadi halangan ! . Nampaknya game kali ni , tiada nasib , byk percubaan , kene tiang , palang , 1 on 1 ..... End Game 0-0
MATCH ANALYST
SDX FC
Rembatan (Tepat) : 14 (9)
Passing : 50%
Possessions : 60%
Crosses : 9
Ketangggggg ! : 2
Save : 3
Card : 1
Jalan 6 FC
Rembatan (Tepat) : 8 (5)
Passing : 50%
Possessions : 40%
Crosses : 3
Ketangggggg ! : 1
Save : 7
Card : 0
Semoga next game , SDX FC menjumpai sentuhan berbisa . Keeper + Defend dah syok , attacking pulak tak jumpe sentuhan . NEXT GAME ? SAPE NAK TERIMA PENGAJARAN ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 : Comment:
cepat la set game baru. aku nak menn.
Post a Comment