Report 7th Match : vs Tak Kesah FC

Venue : MMU Field
Time : 5PM
Enemy : Tak Kesah FC


Player SDX FC turun dengan penuh semangat selepas 3 perlawanan tak pernah kalah lagi . Player² sudah bersedia tapi official refree tak datang . Missing in Action . Tak Kesah FC menurunkan player² wakil MMU termasuk la pemain SDX FC sendiri iaitu Zul K yg terpaksa bermain bersama Tak Kesah FC . "Ni bukan team Tak Kesah ni , ini team MMU Cyber , mane boleh" , Rewan menyuarakan pendapat beliau .

Walaupun dgn hati yg berat dan psikologi yg negatif (susah nie, MMU Cyber punye team) , player SDX FC meneruskan permainan tanpa Zul K di barisan pertahanan (Zul K telah didenda : refer news).
Taktik 4-2-1-2-1

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Zarob
CB - Bagok
CB - Nakai
DM - Avicenna
DM - Slampuck
CM - Jo
AM - Iman
AM - kE
ST - Rewan


1st Half dimulakan , SDX FC cuba melakukan serangan tetapi tiada hasil . Tak Kesah FC melakukan serangan awal yg amat merbahaya , tetapi gagal disempurnakan . Kubu SDX FC di asak bertalu talu tanpa belas kasihan . Tiada peluang utk melakukan serangan balas , hanya dapat bertahan . Rewan kat atas tak dapat bola , kE dan Iman pula tidak cuba mengambil bola dari bawah , hanya menunggu hantaran . Setiap serangan Tak Kesah FC berjaya dimusnahkan , mengakibatkan player SDX FC keletihan mengejar bola . Half Time , SDX FC 0 - Tak Kesah FC 0

2nd Half beberapa pertukaran dilakukan . Yas menggantikan Slampuck di DM , Fahmi menggantikan kE di AM . SDX FC cuba menyerang tetapi cubaan bermain hantaran pendek gagal dilaksanakan , kerana bila kene pressure skit , dah hilang kawalan bola . Tak Kesah FC membuat serangan balas , dapat kepada Zul K , mengasari Bagok (CB) hingga terjatuh tetapi refree tidak meniup wisel , Eidy (GK) menyangka foul , tidak melakukan dive , Zul K menerukan permainan , mencucuk bola melepasi Eidy . Yas dan Nakai membuat sliding , cuba menyelamat bola daripada melepasi garisan !!!GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL !!! Goal : Zul K
(note: celebrate sbb Zul K adalah player SDX FC ,tetapi berlaku curang)
SDX FC 0 - Tak Kesah FC 1

SDX FC merasa agak down , kerana playernya sendiri yg menjaringkan gol . Rasa seperti malas nak main dah , tetapi tetap meneruskan permainan . Beberapa serangan dilakukan , tetapi SDX FC tidak dapat menembusi pertahanan lawan dengan hantaran² pendek yg sangkut. Pertukaran pemain . Cacai , Chapan dan Moonzer menggantikan Jo , Avicenna dan Nakai . Tactical Change

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Zarob
CB - Bagok
CB - Moonzer
DM - Cacai
CM - Yas
AM - Chapan
AM - Iman
AM - Fahmi
ST - Rewan


SDX FC menyerang habis habisan , tidak menghiraukan lagi barisan pertahanan . Taka masuk menggantikan Iman . Corak bermain berubah . Satu hantaran jauh , bola dapat kepada Fahmi , berjaya melepasi GK lawan , Fahmi merembat namun gagal melepasi pertahanan lawan yg berpeha besar . Satu peluang disia-siakan . Satu lagi hantaran jauh , Rewan berlari mendapatkan bola , 1 on 1 dgn keeper , berjaya lepas , tetapi bola gagal dikawal kemas oleh rewan . Satu lagi peluang keemasan utk menyamakan kedudukan , disia siakan begitu sahaja . Para penyokong SDX FC hampa dengan aksi Rewan . Jika tidak , kedudukan 1-1 pasti menaikkan semangat utk berjuang .

Tak Kesah FC membalas serangan , perebutan di depan pintu gol , satu rembatan deras dilakukan. Eidy gagal menyelamatkan . SDX FC 0 - Tak Kesah FC 2. Huri (player import yg dtg utk test kasut) masuk menggantikan Izmie . SDX FC cuba menyerang tapi tiada hasil . Tak Kesah FC mendapat gol ke 3 setelah berlaku beberapa kesilapan dari pertahanan SDX FC . Kedudukan sekarang SDX FC 0 - Tak Kesah FC 3 . Rewan keluar diganti kE . Cacai (player 10 minit) keluar diganti Iman . SDX FC diserang lagi , Huri melakukan sliding tackle yg amat ganas didalam kotak penalti. Tak Kesah FC mendapat gol ke 4 hasil daripada penalti itu . Tamat perlawanan . SDX FC 0 - Tak Kesah FC 4 .

SDX FC telah di beri pengajaran kali ini . Walaubagaimanapon , team MMU juga telah diberi pengajaran oleh SDX FC kerana mereka gagal menang lebih dari 5 gol . Player SDX FC menerima kekalahan dgn gembira kerana dah tau keputusannye awal awal lagi . Zul K telah didenda oleh shuk (manager) kerana curang . Bentuk hukuman tidak dihebahkan kepada media.

Sememangnya serangan adalah sangat tumpul . Peluang yg ada adalah sikit , tapi peluang keemasan disia siakan . Taktik perlu dirombak skali lagi bagi menyesuaikan dgn player yg mempunyai idea masing². Ada yg mahu corak bermain menggunakan wing , ada yg mahu short pass , ada yg tanak main dgn Rewan di hadapan . Semuanya akan dibuktikan dalam next match .

NEXT MATCH : MALAYSIA vs YAMAN .
SDX FC memerlukan ahli psikologi supaya minded diperbetulkan !

0 : Comment: