Report 9th Match vs Melawati FC

Hari yg sangat panas utk perlawanan ke 9 bagi SDX FC . Belum main lagi dah berpeluh dan pancit . Player yg ada pon cukup cukup , ditambah pula dgn kecederaan player player pertahanan , maka player pertahanan adalah ON TRIAL . Melawati FC nampaknya menurunkan player yg lebih besar dan ramai dari dahulu.

1st Half

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Ken
CB - Pa'an
CB - Moonz
DM - kE
DM - Rizal
CM - Iman
CM - Fahmi
WR - Avicenna
ST - Rewan


Perlawanan dimulakan dibawah sinaran matahari yg terik . Baru berlari beberapa meter dah terasa bahang mcm main 90 minit . Melawati FC byk menyerang , namun beberapa serangan merbahaya berjaya dipatahkan . Beberapa kali pertahanan SDX FC bocor mcm air , keeper pula bermain main di kawasannya , termasuk bermain diluar kotak penalti lalu kantoi , dan gelagat keeper hanya diperhatikan oleh CB (moonz) tanpa mengambil tindakan . Kedudukan bahaya ! Namun............ sepakan pihak lawan tersasar . Satu ketika GK (Eidy) mengambil goal kick , tepat kepada pihak lawan , 1 on 1, Izmie cuba mengejar . Sekali lagi , pihak lawan gagal menyempurnakan peluang

SDX FC walaupon hanya menyerang skali skala tetapi sangat lah berbisa . Bola dapat kepada rewan , rewan membawa dengan laju tanpa menghiraukan teamate , berjaya melepasi pertahan lawan , membawa sampai kepada goal keeper . Keeper mudah menangkap bola yg di bawa rewan . Rewan nampak seperti anak anak yg membawa bola kepada ayahnya dgn laju . Sekali lagi , Rewan mendapat bola , speeding ! Pertahanan lawan tidak dapat mengejar tetapi hanya ketawa "Ha .. ha .. ha.. " kerana letih nak kejar rewan . Namun sekali lagi Rewan tidak menjumpai penyudah . Satu hantaran jauh , dapat kepada Fahmi , Fahmi menolak bola jauh melepasi pertahanan , 1 on 1 ! namun , Fahmi tidak menjumpai ruang kosong di goal keeper lawan yg kecil itu . Fahmi nampaknya passing kepada keeper , bukan kepada jaring gol . Peluang dilepaskan begitu sahaja .

Corner kick , dapat kepada Melawati FC , satu lambungan ke tengah , Moonz menanduk . GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAAAALLLLLLLLLLLLLLLL !!!!! Own goal daripada moonz . Eidy tergamam , Moonz tidak rasa bersalah . Own Goal : Moonz . Tamat 1st Half - SDX FC 0 - Melawati FC 1

Player player yg berbintang nampak nya telah sampai . Bersedia utk masuk ke padang . Pertukaran pemain - Lomak , Taka , Chapan , Yas dan Zerol menggantikan Moonz , kE , Rizal , Iman dan Fahmi. Iman meluahkan perasaan , kenapa dia mesti dikeluarkan ! Nampaknya Iman ingin membuktikan sesuatu kepada team . Dia akan kembali dlm 2nd half nanti .

2nd Half

GK - Eidy
RB - Izmie
LB - Ken
CB - Avicenna
CB - Zerol
DM - Lomak
DM - Pa'an
CM - Taka
CM - Chapan
CM - Yas
ST - Rewan


SDX FC memulakan serangan , beberapa hantaran jauh berbahaya dilakukan namun tidak berjaya membolosi pertahanan lawan . Melawati FC menyerang , namun segala serangan di patahkan dengan mudah . Satu lambungan tinggi , pertahanan lawan menanduk , tetapi dapat kepada Rewan , berlari laju menuju gol . GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAAALLLLLLLLLl . Goal : Rewan . Kedudukan SDX FC 1 - Melawati FC 1 .

Rizal menggantikan Rewan . Rewan dgn perasaan tidak puas hati meninggalkan padang . Rewan menjerit ," Arghh !! , ape nie " . Rizal masuk menjadi CM . Chapan menjadi ST . Chapan mendapat beberapa peluang namun tidak kesampaian kakinya . Melawati FC melakukan serangan , CM tidak turun membantu, memburukkan keadaan . Pertahanan SDX FC terpaksa behempas pulas menangkis serangan lawan . Satu corner kick dapat kepada pihak lawan . Lambung tinggi ketengah , Gk (Eidy) melompat cuba menolak bola keluar , diasak dari blkg oleh pemain lawan , namun pengadil tidak meniup wisel . GOL . SDX FC 1 - Melawati FC 2 ... "Woi , Eidy , potong la rambut tu , tutup mata kau , mane nak nampak bola kat mane !" , jerit manager Shuk sambil ketawa terbahak bahak .

Beberapa pertukaran dilakukan , Yas , Pa'an , Chapan dan Ken memberi peluang kepada Iman , Moonz kE dan Fahmi . SDX FC melakukan serangan bertalu talu namun semua serangan disia siakan .Taka dan Rizal gagal melepasi pertahanan . Tiada penyudah . Iman yg cuba membuktikan sesuatu dan Fahmi yg berjanji utk dapat gol , buntu mencari penyelesaian . Zerol (CB) mula naik ke atas utk menyerang , membantu jentera serangan , namun masih gagal . SDX FC tinggal hanya 2 defender , 8 pemain dibahagian serangan . Satu hantaran jauh , dapat kepada striker lawan , 1 on 1 dgn keeper , Avicenna dgn laju melentung striker lawan dgn badan . Striker lawan jatuh tertiarap dan menjerit . Nasib baik tak penalti . Satu lagi hantaran jauh dapat kepada striker lawan , Avicenna dapat mengejar , namun rupa rupanya striker membuat satu sepakan jauh , lambung , Eidy sudah out position , lob mengatasi keeper . SDX FC 1 - Melawati FC 3 . Posisi Lomak sebagai DM nampaknye menampakkan hasil . Lomak berjaya membuat clearence dan mematahkan beberapa serangan lawan . Namun Lomak terduduk seketika di pengakhiran permainan kerana dah tak larat .

SDX FC cuba melawan balik , utk mendapatkan gol , namun , passing yg tidak kemas , bawak bola sorang sorang pastu kantoi , tahan bola yg melantun lantun ,buntu didepan pintu gol , rembatan yg tersasar jauh dari pintu gol , tidak berada di posisi yg betul adalah antara punca walaupon 8 player SDX FC menyerang di bahagian hadapan . Tamat perlawanan SDX FC 1 - Melawati FC 3

Attacking player perlu berlatih "Piggy In The Box" ( versi Malaysia sila tuka kepada Monkey )supaya semangat passing member , tahan bola kemas , passing tepat dan tidak tamak dapat disemai dihati dan perasaan pemain . Bila dalam diri passing dah tepat , dan tidak tamak (kecuali rewan) maka mudahlah utk menemui sasaran dan penyudah yg tajam . Barisan pertahanan pula perlu melatihkan diri dengan "Set Pieces" kerana bolos mudah dari corner kick .

P/S : Pekerja Indon bernama Andy ingin frenly dgn SDX FC . Andy telah bertukar no phone dengan manager Shuk . Maybe next next match . SDX FC vs Indonesia

0 : Comment: