Report 8th Match : vs Seryes FC

Hujan diwaktu petang tidak melumpuhkan semangat pemain . Cuaca menjadi cerah sebelum perlawanan dilangsungkan. Namun masih ada player yg dibuai mimpi . Eidy (GK) on the way balik ke KL dari Penang , Shuk (GK pengganti) sedang tido sbb hujan best , Bagok (CB)dan Slampuck (CB) datang sedikit lewat . Player noob dan out position terpaksa dimasukkan .

1st Half

GK - Avicenna
CB - Nakai
CB - Jo
CB - Zarob
RWB - Ben
LWB - Rizal
DM - kE
DM - Toopai
CM - Iman
CM - Fahmi
ST - Rewan


Seryes FC melancarkan serangan , beberapa serangan berbahaya dilakukan . Rewan dan Fahmi bergandingan utk memusnahkan benteng Seryes FC namun gagal menjumpai penyudah. Satu lorongan kepada Bayie (Seryes FC) tidak offside ! , Bayie berjaya menewaskan Avicenna (GK) dengan satu tolakan mudah . Seryes FC 1 , SDX FC 0 .

Beberapa percubaan dari Rewan (ST) masih gagal menerjah jaring . Rewan membawa bola sorang sorang pastu sangkut . Fahmi (CM) membuat satu rembatan tapi gagal menewaskan keeper lawan . SDX FC mendapat free kick di tengah padang . Zarob dengan geram membuat satu lorongan ke hadapan , dapat kepada Rewan, GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAAAAAAAAALLLLLLLLLLLLLLL . Assist : Zarob . Goal : Rewan . SDX FC 1 , Seryes FC 1

SDX FC membuat beberapa serangan lagi tetapi byk peluang disia siakan begitu sahaja. Satu sepakan sudut dari Seryes FC , Fariq (Seryes FC) menanduk , tetapi bola tepat ke Avicenna (GK). Satu sepakan gol jauh dapat kepada Rewan , Rewan membawa bola ke tepi padang , membawa ketengah , pass kepada Iman , GOOOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAALLLLLLLLLLLLLLL . Assist : Rewan . Goal : Toopai . SDX FC 2 , Seryes FC 1 .

Serangan dari bahagian tengah , dapat kepada Bayie (Seryes FC) , menolak melepasi kangkang Jo (CB) , Zarob (CB) cuba membantu , namun Bayie(Seryes FC) sekali lagi mudah menewaskan CB dan Keeper . SDX FC 2 , Seryes FC 2 . Tamat 1st half .

2nd Half

GK - Shuk
CB - Nakai
CB - Bagok
CB - Zarob
RWB - Avicenna
LWB - Rizal
DM - Slampuck
DM - Jo
CM - Iman
CM - Lomak
ST - Rewan


SDX FC mengasak bertubi tubi , beberapa peluang keemasan dilepaskan begitu sahaja . Seryes FC mendapat peluang , namun beberapa percubaan terkena palang dan ada yg diselamatkan oleh Shuk (GK) .Iman dan Rewan mendapat peluang begitu banyak di hadapan pintu gol , tetapi penyudahnya begitu tumpul . Nakai (CB) injured , diganti dengan kE (DM) , Slampuck menjadi (CB). Zarob (CB) meminta ditukarkan , Toopai masuk menjadi (CB). Seryes mendapat peluang , merembat menewaskan Shuk (GK) , Shuk tergamam lalu possing menyuruh Mas (Official Cameraman) mengambil gambar . SDX FC 2 , Seryes FC 3 . Inilah akibat apabila gol keeper adalah noob dan tiada gol dijaringkan bila dah tau goal keeper noob . Shuk (GK) , lebih suka possing mengambil gambar dan menjerit nama Zarob !

Barisan pertahanan begitu marah dengan barisan serangan yg mengsia siakan peluang menjaringkan gol. Toopai (CB) naik keatas membantu jentera serangan , barisan pertahanan menjadi kosong . Bagok (CB) juga naik keatas kerana tak boleh harap dengan barisan serangan yg tumpul . Byk lagi peluang dapat kepada SDX FC tetapi gagal disempurnakan . Semua naik ke atas , namun padah menimpa apabila satu counter attack dilakukan oleh Seryes FC . Taka (Seryes FC) 1 on 1 dengan Shuk (GK) , mudah menjaringkan gol . Tamat perlawanan , SDX FC 2 - Seryes FC 4 .

Seryes FC telah memberi pengajaran kepada SDX FC supaya mengasahkan lagi jentera serangan . Tanpa gol , tiada advantage . Mengsia siakan peluang gol , barisan pertahanan kusut . Main main depan pintu gol , barisan pertahanan terpaksa naik nak dapatkan keputusan seri.

P/S: Any defender out there wanna join SDX FC ? We need true defender that have defend minded !

0 : Comment: