Report 17th Match - vs Seryes FC

Sesi latihan bagi megharungi MMUCL diteruskan . Friendly ke 17 sepanjang penubuhan SDX FC , kali ini menentang Seryes FC . Player SDX FC telah memberi satu komitmen yg tinggi dengan membeli kasut bola yg baru bagi menghadapi perlawanan akan datang . Antara player yg dikesan memakai kasut baru yg berkilat dan bau kedai adalah : Rewan , Yas , Chapan dan Mas .

Player SDX FC begitu berdisplin dengan kehadiran yg awal dan ramai berbanding team lawan , Seryes FC , yg tidak begitu seryes utk bermain bola . Akibatnye , ramai player yg lambat dan tidak cukup utk bermain 11 org . SDX FC meminjamkan player : Rizal , Slampuck dan Gaff .

1st Half

GK - Mas
RB - Zarob
LB - Moonz
CB - Bagok
CB - Nadeem
DM - Avicenna
CM - Toopai
CM - Chapan
RWF - Iman
LWF - Rewan
ST - Fahmi

Seryes FC cuba membuat serangan , namun tidak berjaya membolosi barisan pertahanan . SDX FC mendapat beberapa peluang , namun dipersia siakan . Satu throw in dari Chapan , terus kedepan kepada Rewan , membawa kehadapan dan terus merembat . GOOOOOOOOAAAAAALLLLLLLLL Goal : Rewan. Assist : Chapan. SDX FC 1 - Seryes FC 0

SDX FC mengasak lagi , satu serangan dari tepi , dapat kepada Rewan , berpusing pusing ditepi lalu membuat satu hantaran lintang , Fahmi yg berada ditengah , mengangkang utk menolak bola yg laju. GOOOOOOOOOOOAAAAAAALLLLLLLL Goal: Fahmi. Assist: Rewan . SDX FC 2 - Seryes FC 0

Seryes FC cuba membuat serangan balas , namun kecekapan Mas (GK) berjaya menyelamatkan keadaan . Pertahanan SDX FC yg berdisplin , Bagok , Nadeem , Zarob dan Moonz menyukarkan player lawan menembusi , walaupun ada kalanya tidak cukup laju utk mengejar team lawan . SDX FC mendapat corner kick , Rewan mengambil , hantaran pendek kepada Iman , tiada siapa yg mengganggu , Iman membuat sepakan lambung (shoot!) , melepasi GK dan pertahanan lawan . GOOOOOOAAAAAAAAAAAALLLLLLL Goal:Iman. Assist:Rewan . SDX FC 3 - Seryes FC 0


Sebelum 1st half tamat , Seryes FC berjaya mendapat gol pertama . Gerakan dari tepi , Seryes FC berjaya membuat rembatan . Mas (GK) yg cuba keluar utk menangkap bola , gagal kerana keadaan swimming pool kawasan gol . Tamat 1st Half , SDX FC 3- Seryes FC 1

2nd Half

GK - Mas
RB - Moonz
LB - Zarob
CB - Nadeem
CB - Bagok
DM - Avicenna
CM - Jo
CM - Toopai
RWF - Iman
LWF - Rewan
ST - Yas

Seryes FC memulakan 2nd half dgn semangat baru . Slampuck masih dipinjamkan . Walaupun SDX FC diserang bertalu talu , namun masih tidak memberi impak . Gaff (DM) masuk menggantikan Toopai (CM) . Avicenna naik menjadi CM . Seryes FC menyerang , dapat dipatahkan , SDX FC melakukan counter attack , dapat kepada Bagok , kepada Avicenna , melorongkan melepasi barisan pertahanan , dapat kepada Rewan . GOOOOOOOOOOAAAAAAALLLLLLLL . Goal: Rewan. Assist: Avicenna. SDX FC 4 - Seryes FC 1.

Rizal (CM) masuk menggantikan Avicenna (CM) . SDX FC masih bertahan kerana diserang bertubi tubi , Seryes FC mendapat beberapa peluang keemasan menewaskan Mas (GK) , namun samaada Mas bijak menyelamatkan keadaan atau rembatan lawan tersasar . Nadeem (CB) juga telah mendapat beberapa peluang didepan gol , namun sepakannya tersasar . Mungkin sudah ditakdirkan utk menjadi CB yg berkaliber sahaja . SDX FC mendapat corner kick . Rizal mengambil , lambung ketengah , Rewan menanduk kepada Gaff . Gaff merembat sekuat hati dalam kotak penalti . GOOOOOOOAAAAAAAAAALLLLLLLLL. Goal: Gaff. Assist:Rewan. Tamat perlawanan . SDX FC 5 - Seryes FC 1

Nampaknya mereka yg mempunyai kasut baru begitu bersemangat utk bermain . Rewan nampaknya sudah tahu dan mengerti utk bekerjasama sebagai satu pasukan . Dengal gol dan assist daripada Rewan , SDX FC mungkin sudah mencapai tahap optimum bagi menjuarai sebarang kejohanan.

SDX FC mempunyai player backup yg ramai . Pendedahan kepada permainan secara berpasukan ditambah dgn displin yg tinggi , membuatkan semua player bertambah maju walaupun tidak mempunyai skill individu yg tinggi, dan kebanyakannya tidak mempunyai background bermain bola secara competitive . Dengan kepercayaan yg diberi , diharap mampu bermain secara berpasukan dan bukannya one man show, tanak passing , pastu kantoi.

Man of The Match : Pending for Manager feedback

Next Match : MMUCL 4th Match : vs Spirulina FC

0 : Comment: